Ibu kepada Aisyah Aziz iaitu, Siti Hafiza Basharahil meluahkan rasa syukur diatas pernikahan anaknya bersama Dr Fakhrudin Amir Ismail.
Menerusi hantaran di Instagram, Hafiza berkata, kehadiran Fakhrudin dalam keluarga besarnya disambut dengan penuh restu sekaligus berharap ikatan perkahwinan yang terjalin akan sentiasa dilindungi dan dipelihara.
“Allahumma baarik diatas nikmat yg telah Allah beri pada kami sekeluarga.
“Kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu semoga rumahtangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT hingga ke jannah, ” kongsinya.
Dalam pada itu, Hafiza juga menitipkan doa dan pesanan buat anak perempuannya.
“Buat anakanda kami @aisyaah_aziz walau akan berada jauh dimata tapi pasti sentiasa dekat dihati dan dalam doa kami sentiasa,” tambahnya.
Terdahulu, berita perkahwinan Aisyah dan abang kepada pendakwah bebas terkenal, PU Riz itu tular di laman Facebook rasmi stesen radio Singapura, Warna 942 pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Majlis Nikah Aisyah Aziz, Neelofa Sebak – “Gembira Jadi Sebahagian Dari Hari Istimewa Mereka”
ARTIKEL BERKAITAN:“Majlis Sederhana Persis Yang Kami Impikan” – Aisyah Aziz Luah Rasa Syukur, Doa Perkahwinan Sentiasa Berlandaskan Iman & Cinta
ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz Kini ‘Biras’ Neelofa, Selamat Nikahi Abang PU Riz