Sami di Thailand ‘tertangkap’ jalin hubungan dengan enam wanita

Sami di Thailand ‘tertangkap’ jalin hubungan dengan enam wanita
Sami di Thailand ‘tertangkap’ jalin hubungan dengan enam wanita

Ajarn A melakukan upacara menanggalkan jubah sami pada awal minggu lalu. Foto Agensi

BANGKOK – Seorang ketua biarawan di Nonthaburi, utara ibu kota Thailand terpaksa meninggalkan kehidupan sebagai sami selepas hubungan bersama enam wanita terbongkar.

Skandal tersebut meraih perhatian ramai selepas video pertengkaran bersama ‘isteri’ pertama Ajarn A tersebar di media sosial.

Wanita dikenali sebagai Pong itu mendakwa suaminya turut memberikan sejumlah wang kepada salah seorang wanita simpanannya yang menghantar gambar lucah dan mereka kerap bertemu di luar kuil.

Satu lagi klip yang tular menunjukkan Pong bersemuka dengan tiga wanita lain dan meminta Ajarn A memilih antara mereka berempat.

Susulan kritikan yang semakin meningkat, Pejabat Agama Buddha Kebangsaan bertindak melancarkan siasatan.

Pada awal minggu lalu, ketua sami wilayah di Nonthaburi bertemu Ajarn A dan dia kemudiannya bersetuju untuk melakukan upacara menanggalkan pakaian sami.

Salah lakunya akan direkodkan pangkalan data dan laporan siasatan bakal dikemukakan kepada pegawai kanan berkaitan.

Selain itu, pihak berkuasa turut menyiasat transaksi kewangan di kuil berkenaan selepas Ajarn A didapati ‘hidup mewah’ hingga dapat menanggung kesemua kekasih gelapnya. – Agensi

Ringkasan AI

  • Ketua biarawan di Nonthaburi, Thailand meninggalkan kehidupan sami kerana hubungan dengan enam wanita terbongkar
  • Skandal terbongkar selepas video pertengkaran bersama ‘isteri’ pertama tersebar di media sosial
  • Wanita yang dikenali sebagai Pong mendakwa suaminya memberi wang kepada wanita simpanan
  • Pejabat Agama Buddha Kebangsaan melancarkan siasatan susulan kritikan
  • Ketua sami bersetuju melakukan upacara menanggalkan pakaian sami dan kesnya akan direkodkan
Scroll to Top