Selebriti popular, Abby Abadi tampil bersuara selepas dikecam masuk campur isu rumahtangga anak.
Dalam hantaran terdahulu, Abby memohon mahkamah syariah di Malaysia bertindak memberi pengajaran kepada pihak lelaki yang bernikah di luar Malaysia.
Abby luah isi hati

Terbaru, pelakon Gerak Khas ini tegas mengatakan dia tidak boleh berdiam diri lagi kerana Marissa adalah anak kandungnya.
Katanya lagi, sudah dua tahun dia membiarkan Marissa dicaci maki dan dihina disebabkan kesalahan dirinya sendiri.
“Dah besar kau buat main je anak aku! Kurang ajar sangat tu!”
Soal Abby, apabila mengetahui anak rupa-rupanya sudah dua kali cerai rujuk sebelum ini, adakah dia tidak boleh bersuara?

Dia juga berang apabila anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang sejak kecil dipermainkan lelaki sesuka hati.

Pssttt! Dalam hal seperti ini, mungkin sudah tiba masanya kita beri ruang kepada individu untuk bersuara tanpa terus menghukum. Setiap orang ada cerita sendiri yang tidak kita fahami sepenuhnya. Jaga kata-kata, kerana apa yang kita tulis boleh memberi kesan besar kepada orang lain.
Kredit: Thread Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




