Samsung Galaxy Unpacked yang berlangsung malam tadi (10 Julai waktu Malaysia) telah memperkenalkan barisan peranti baru yang menggabungkan kecanggihan AI dengan reka bentuk elegan: Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan Siri Galaxy Watch8.
Ketiga-tiganya hadir dengan kuasa Galaxy AI dan One UI 8, serta pelbagai ciri pintar yang direka untuk gaya hidup moden.
Galaxy Z Fold7: Kuasa AI Dalam Reka Bentuk Paling Nipis

Samsung memperkenalkan Galaxy Z Fold7 sebagai telefon pintar lipat paling canggih setakat ini. Nipis, ringan, tetapi cukup berkuasa. Dengan skrin utama 8-inci yang 11% lebih besar, pengguna boleh menikmati pengalaman suntingan, berbilang tugas dan hiburan yang lebih imersif, disokong oleh Vision Booster dan kecerahan maksimum 2,600 nits.
Z Fold7 juga tampil dengan kamera 200MP yang pertama dalam siri Z, membolehkan tangkapan ultra jelas walaupun dalam pencahayaan rendah. Keupayaan AI turut membantu dalam penyuntingan imej dan video seperti fungsi Generative Edit, Suggest Erases, dan Audio Eraser, semuanya boleh dilakukan terus di skrin besar tanpa aplikasi tambahan.

Cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy memberikan peningkatan ketara untuk tugasan AI dan prestasi menyeluruh, menjadikannya alat kerja dan hiburan terbaik dalam satu peranti. Dengan ciri keselamatan Knox Matrix dan storan terenkirp KEEP, Galaxy Z Fold7 juga bersedia untuk masa depan yang lebih selamat.
Pra-tempahan dibuka dari 9 hingga 31 Julai 2025, dalam pilihan warna Blue Shadow, Silver Shadow, Jetblack, dan Mint (eksklusif atas talian).
Galaxy Z Flip7: Kecil, Bergaya, Penuh Kuasa AI

Jika anda mencari telefon pintar yang kompak tetapi canggih, Galaxy Z Flip7 adalah jawapannya. Kini hadir dengan FlexWindow 4.1-inci yang terbesar dan terang setakat ini, pengguna boleh membalas mesej, semak jadual dan tangkap swafoto terus dari skrin penutup.
Dikuasakan cip 3nm dan bateri terbesar dalam siri ini (4,300mAh), Z Flip7 juga menyokong Samsung DeX untuk pengalaman seperti komputer terus dari tapak tangan. Dengan Galaxy AI di FlexWindow, pengguna boleh buat carian suara, semak nota perjalanan atau dapat cadangan restoran, semuanya tanpa buka telefon.
Kamera utama 50MP dan sistem FlexCam memberikan pengalaman fotografi bergaya studio dalam saiz poket. Fitur seperti Dual Preview, Zoom Slider dan Portrait Studio menjadikan setiap swafoto tampak profesional tanpa usaha lebih.
Pra-tempahan dibuka hingga 31 Julai 2025. Tersedia dalam warna Jetblack, Blue Shadow, Coralred dan Mint (eksklusif atas talian). Versi bajet, Galaxy Z Flip7 FE juga diumumkan dalam warna Hitam dan Putih.
Galaxy Watch8 Series: Teman Kesihatan Paling Pintar

Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic yang kini lebih nipis, selesa dan bergaya. Direka berdasarkan rekaan kusyen Galaxy Watch Ultra, jam ini tampil dengan skrin terang (hingga 3,000 nits) dan ketahanan bateri lebih lama untuk gaya hidup aktif.
Watch8 disertakan pelbagai ciri kesihatan baharu seperti Bedtime Guidance, Vascular Load, dan Antioxidant Index, membantu pengguna membina tabiat sihat dari tidur ke pemakanan. Fungsi Running Coach dan Mindfulness Tracker pula memberi motivasi serta pemantauan tekanan secara langsung.
Buat pertama kali, Galaxy Watch8 hadir dengan Gemini AI dan Wear OS 6, membolehkan pengguna mengurus jadual, mencari lokasi dan memulakan senaman hanya dengan arahan suara. Paparan baharu seperti Multi-Info Tiles dan Now Bar pula menjadikan interaksi lebih mudah dan efisien.
Pra-tempahan bermula hari ini, dengan jualan umum pada 25 Julai 2025. Watch8 hadir dalam saiz 44mm/40mm (Graphite/Silver) manakala Watch8 Classic dengan bezel putar dalam saiz 46mm (Black/White).
Tawaran Istimewa Sempena Pelancaran Siri Galaxy Z & Siri Watch8

Samsung bukan sahaja memperkenalkan peranti paling canggih tahun ini, malah turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif sempena tempoh pra-tempahan dari 9 hingga 31 Julai 2025.
Pelanggan boleh mula pra-tempah Galaxy Z Fold7 atau Galaxy Z Flip7 dengan harga bermula RM3,999.
Dengan pendaftaran minat dan pembelian baucar Samsung Reservation+, pelanggan layak menebus e-baucar bernilai sehingga RM390. Bagi mereka yang memilih untuk menaik taraf kapasiti storan daripada 256GB kepada 512GB, Samsung turut menawarkan rebat tunai bernilai RM600.
Selain itu, pengguna kad kredit dan debit CIMB Bank juga berpeluang menerima e-baucar bernilai sehingga RM400 yang boleh digunakan untuk pembelian peranti Galaxy seterusnya, sama ada secara dalam talian mahupun di pengedar sah Samsung.
Pelanggan juga boleh memilih untuk membuat pra-tempahan melalui pelan ansuran dengan kadar faedah 0% sehingga 36 bulan melalui bank-bank yang mengambil bahagian.
Bagi mereka yang ingin melengkapkan ekosistem Galaxy, pra-tempahan untuk Siri Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch Ultra turut ditawarkan dengan penjimatan bernilai sehingga RM966. Pelanggan yang membuat pra-tempahan juga layak menerima diskaun sehingga 30 peratus untuk pembelian tali jam tambahan.
Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z dan siri Watch 8, layari: https://www.samsung.com/my.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




