Oh! Negara
Samsuri gesa kerajaan dan pembangkang bekerjasama tangani kenaikan harga barang dan risiko ekonomi.
Keadaan ekonomi dunia yang makin tidak stabil sekarang mula beri kesan kepada Malaysia. Konflik di Asia Barat dilihat menjadi antara punca utama gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos logistik.
Ohmedia faham, bila kos operasi meningkat, kesannya akan terus kena pada rakyat. Harga barang boleh naik, malah ada risiko pemberhentian pekerja jika keadaan terus berlarutan tanpa kawalan.
Risiko ekonomi semakin meruncing

Pengerusi Perikatan Nasional, Ahmad Samsuri Mokhtar memberi amaran bahawa negara mungkin berdepan kesan besar dalam beberapa bulan akan datang. Antara yang paling dibimbangi adalah kenaikan harga barang asas dan tekanan kepada sektor perniagaan.
Tanpa intervensi dasar yang proaktif, risiko pemberhentian pekerja boleh meningkat, khususnya dalam sektor pembuatan, logistik, perusahaan kecil dan sederhana yang amat terkesan susulan kenaikan kos bahan mentah.
Kesan rantaian ini tidak dapat dielakkan dan dalam tempoh beberapa bulan mendatang, negara berkemungkinan berdepan dengan kenaikan harga barang asas dan makanan, peningkatan kos pengangkutan dan logistik, kenaikan kos utiliti dan perkhidmatan.- Katanya.
Samsuri cadang kerjasama rentas politik

Dalam masa sama, Samsuri mengajak semua pihak termasuk kerajaan dan pembangkang untuk duduk semeja mencari jalan penyelesaian. Beliau mencadangkan penubuhan Majlis Perundingan dan Intervensi Ekonomi Negara.
Saya mencadangkan penglibatan semua pihak secara menyeluruh termasuk kerajaan, pembangkang, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, pemain industri serta wakil masyarakat sivil dalam satu forum seumpama Majlis Perundingan dan Intervensi.
Pendekatan ini bukan soal politik, tetapi soal kelangsungan negara. Malaysia tidak boleh bergerak secara berpecah mengikut garis kepartian (apabila) kestabilan ekonomi negara dan kebajikan rakyat menjadi taruhan.- Katanya lagi.
Fokus kepada kepentingan rakyat
Menurut beliau, kerjasama tanpa mengira perbezaan politik amat penting ketika negara berdepan cabaran ekonomi. Keutamaan perlu diberikan kepada kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat.
Kita mesti menghimpunkan kekuatan seluruh negara dengan merentasi perbezaan politik dan latar belakang untuk menghadapi cabaran ini secara bersama.
Apabila kestabilan ekonomi negara dan kebajikan rakyat menjadi taruhan, keutamaan kita semestinya kesejahteraan dan daya tahan Malaysia.- Ujarnya.
Pssttt! Bila pemimpin sendiri dah ajak semua pihak bekerjasama, itu tanda situasi bukan kecil. Korang pun kena lebih bersedia, urus kewangan dengan bijak dan jangan ambil mudah keadaan ekonomi sekarang. Lagi awal bersedia, lagi selamat.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




