Samun kerana tidak puas hati urusan beli kucing

Samun kerana tidak puas hati urusan beli kucing

PETALING JAYA: Tidak berpuas hati dalam urus niaga menjual kucing dipercayai menjadi punca kejadian samun di Bandar Utama Damansara, di sini, yang tular dalam media sosial, semalam.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa lelaki berusia 26 tahun pada 18 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Solehuddin Zolkifly berkata, ekoran laporan itu, polis menahan menahan dua lelaki berusia 27 tahun dan 29 tahun bagi membantu siasatan.Ā 

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit, dua anak kucing jenis ā€˜British Short Hair’ dan ā€˜Munchkin’, dua beg kucing, kunci serta sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

ā€œSemakan dilakukan mendapati dua suspek terbabit masing-masing mempunyai rekod jenayah. Mereka diremanĀ  lima hari bermula 19 Februari lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,ā€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hussin berkata, kertas siasatan kes berkenaan sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 20 Februari lalu.

ā€œKedua-dua lelaki itu dituduh mengikut seksyen sama di Mahkamah Petaling Jaya, kelmarin. Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

ā€œOrang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah aktiviti mencurigakan di daerah ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut,ā€ katanya.Ā Ā 

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki mengalami kerugian RM10,000 selepas dua ekor kucing miliknya dicuri ketika urus niaga menjual kucing peliharaan di Bandar Utama, di sini, Ahad lalu. – UTUSAN

Scroll to Top