Sanchez hidupkan peluang Chile ke Piala Dunia

Sanchez hidupkan peluang Chile ke Piala Dunia

LA PAZ: Penyerang veteran, Alexis Sanchez meledak dua gol yang memberi harapan buat Chile layak ke Piala Dunia 2022 menerusi kemenangan 3-2 di Bolivia sebentar tadi.

Sanchez membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi sepakan percuma sebelum meledak gol ketiga lima minit sebelum tamat yang memberikan harapan baharu buat juara Copa America 2015 dan 2016 itu layak ke Piala Dunia.

Marc Enoumba menyamakan kedudukan buat Bolivia pada babak pertama sebelum Marcelino Nunez menemui kembali gol buat Chile selepas rehat.

Harapan Chile mara ke Qatar berdepan ancaman selepas kalah 2-1 di laman sendiri kepada Argentina yang sudah layak namun kemenangan membawa mereka hanya satu mata di belakang empat tempat automatik.

Kekalahan menyebabkan Bolivia secara matematik tersingkir dalam pemburuan tempat.

Perlawanan tergendala selama setengah jam ketika kakitangan bertungkus lumus mengeluarkan air dari padang selepas hujan lebat. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top