Nampaknya situasi panas melibatkan Shila Amzah dan penyanyi legenda semakin menjadi perhatian apabila suami kepada penyanyi itu, Ubai, tampil bersuara.
Memetik laporan Gempak, Ubai menyifatkan perbuatan menyerang isterinya secara terbuka sebagai sesuatu yang sangat tidak profesional dan tidak menghormati adab sesama manusia.
Ubai sedia bertemu Amy
Menurut Ubai, insiden itu mengejutkan kerana dilakukan oleh seseorang yang sangat dihormati.
Saya terkejut sebab seseorang yang kita hormati dan dikenali ramai buat perkara itu terhadap isteri, saya anggap perbuatan itu sangat-sangat tidak professional sebab dihadapan orang ramai dan pada waktu bekerja.
Beliau turut menegaskan pentingnya sikap saling menghormati tidak kira usia, apatah lagi di tempat kerja yang melibatkan ramai pihak.
Sebagai seorang yang profesional dan boleh berfikir secara waras, boleh tarik ke tepi serta berbincang. Kita perlu ada rasa hormat dan adab terhadap sesama manusia, bukan sahaja muda kepada yang tua malah yang tua juga perlu menghormati yang muda. Saya kecewa dengan perkara ini sebenarnya.
Dalam perkembangan sama, Ubai tidak menolak untuk bersemuka dengan Amy Search sekiranya itu dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.
Pertimbang upah bodyguard

Tambah Ubai lagi, dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil langkah keselamatan tambahan buat isterinya, termasuk mengupah pengawal peribadi jika perlu.
Bagaimanapun, keputusan tersebut akan dibuat berdasarkan situasi semasa.
Pssttt! Semoga perbincangan secara matang dapat menyelesaikan konflik ini demi keharmonian industri hiburan tanah air. Dua-dua penyanyi kesayangan ramai kan.
Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.