Sangka Aedy Ashraf ‘live’ di TikTok, pemuda wajah seiras buat ramai tertipu!

Sangka Aedy Ashraf ‘live’ di TikTok, pemuda wajah seiras buat ramai tertipu!

Nama pelakon Aedy Ashraf nampaknya masih menjadi sebutan selepas drama Cerita Cinta Kita menjadi fenomena di Tv3. Lakonan mantapnya sebagai Amer Johan bergandingan dengan Amelia Henderson (Alisa) benar-benar berbekas dalam diri peminat drama Melayu.

Sejak semalam, nama Aedy sekali lagi disebut-sebut susulan satu video tular seorang pemuda yang dikatakan mirip dengan pelakon itu.

Hal berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @cakewhatt apabila berkongsi rakaman TikTok pemuda berkenaan.

Disebabkan ramai yang menyedari bahawa wajah pemuda berkenaan sama seperti Aedy, pelakon itu telah berkongsi video pemuda berkenaan di laman Twitternya dan berseloroh dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menonton live TikTok miliknya sebentar tadi.

Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen mengatakan wajah mereka memang mirip dan ada juga hampir tertipu kerana menyangka bahawa pelakon itu yang membuat live.

Walau bagaiamanpun, rata-rata masih lagi dapat membezakan dan sempat berseloroh mengatakan mereka merupakan adik-beradik kembar yang telah lama terpisah.

Sumber: Twitter @cakewhatt, aedyxashraf, Instagram mohdmzlnnn

 

Scroll to Top