KOTA BHARU: Sebuah kedai alat perkakasan musnah terbakar di Kampung Chicha, Jalan Pasir Puteh, di sini, tengah malam tadi.
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12.29 tengah malam itu disedari penduduk setempat yang mendengar bunyi letupan dari arah premis tersebut.
Saksi kejadian, Suhaiza Jaafar, 33, berkata, pada mulanya dia mendengar letupan seakan-akan bunyi mercun di kawasan kedai tersebut yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Katanya, dia menjenguk melalui tingkap sebelum melihat asap dan api sedang marak di dalam kedai berkenaan.
“Bimbang api merebak ke kawasan rumah, menghubungi talian kecemasan. Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya tidak sempat menelefon pemilik kedai kedai itu. Semasa kejadian, premis itu sudah ditutup dan pemiliknya tinggal di kawasan kampung tidak jauh dari Kampung Chicha,” katanya hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Mohd. Faizul Anuar Mohd. Pauzi berkata, koperasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 2.08 pagi. – UTUSAN




