Sanusi Bakal Disaman RM1 Billion Oleh DSAT Group | Oh! Media

Sanusi Bakal Disaman RM1 Billion Oleh DSAT Group | Oh! Media

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi bakal disaman oleh DSAT Group sebanyak RM1 billion berikutan kenyataan yang dikeluarkan pada 7 November lepas.

Sanusi sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) di mana beliau mengharapkan syarikat yang berminat menguruskan kelab tersebut mempunyai kemampuan.

Syarikat perlu ada kemampuan jika ingin mengambil alih KDA FC

Sanusi
Kredit Gambar : KDA FC

Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan, jangan ‘scam’ lah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.

Macam scammer tak bagus lah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita (kerajaan negeri) dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco Sukan… perlu jumpa pihak peguam KDA.

Walau bagaimanapun, kenyataan dari Sanusi mendapat perhatian DSAT Group lalu membuat keputusan untuk menyaman MB Kedah itu.

Jumpa di mahkamah

Sanusi

DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah 1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di MPSPK. See u in court.

#OhmediaNasihat

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak. Selain itu, pastikan syarikat yang ingin menguruskan pasukan Kedah Darul Aman mempunyai kewangan yang kukuh.


Scroll to Top