Setelah bersara daripada industri seni, pelakon Sarah Hildebrand dilihat semakin bahagia menjalani kehidupan harian bersama keluarga kecilnya di Amerika Syarikat.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Sarah memuat naik beberapa foto perkembangan kehidupan hariannya.
Pada perkongsian itu, Sarah berkongsi ‘Anatomy Scan’ bayi dalam kandungannya yang dilihat semakin membesar.
Selain itu, netizen turut mendoakan agar Sarah diberikan kesihatan yang baik sehingga tiba hari menyambut kehadiran cahaya mata sulungnya.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand menyatakan dia sudah berhijrah ke Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan baru.
Selepas itu, Sarah membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraanya daripada industri seni.
Setelah dua tahun berpindah ke Amerika Syarikat, Sarah memuat naik beberapa foto berhijab bersama seorang lelaki ‘Mat Salleh’ yang merupakan suaminya.