Sarah Yasmine Tuntut Bayaran Ganti Rugi Hampir RM1 Juta Terhadap Aliff Aziz

Sarah Yasmine Tuntut Bayaran Ganti Rugi Hampir RM1 Juta Terhadap Aliff Aziz

Wanita asal Singapura yang mendakwa dirinya merupakan kekasih gelap kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menuntut ganti rugi berupa bayaran sebanyak RM875,000 daripada aktor itu.

Tuntutan bayaran ganti rugi itu dibuat adalah sebagai pampasan kerana secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadapnya pada tahun lalu.

Kata Sarah menerusi perkongsian notis tuntutan (Letter Of Demand) yang dimuat naik di Instagram miliknya, tindakan tersebut tidak berasas kerana Aliff telahpun mengaku bersalah melakukan khalwat dengn aktres, Ruhainies pada 21 Februari 2025.

Malah, dia juga memberi tempoh selama tujuh hari untuk Aliff melangsaikan tuntutan ganti rugi tersebut.

Dalam perkongsians ama juga, Sarah menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memburukkan namanya sebelum ini .

“Bagi mereka yang telah menganiaya saya dalam tempoh yang sama, terutamanya mereka yang mereka cipta fitnah tentang saya, sama ada besar atau kecil, ketahuilah bahawa saya akan datang untuk anda juga tahun ini. Anda tahu siapa anda.

“Dah kata, kebenaran pasti akan menang,” jelasnya.

Terdahulu, nama Sarah Yasmine mula menjadi perhatian selepas dia mengaku menjadi kekasih gelap Aliff Aziz  susulan kes khalwat aktor itu tular.

Sarah kemudian bertindak mendedahkan bukti berupa tangkap layar pesanan Whastapp antara Aliff dan Ruhainies termasuklah perbualan jahat mereka terhadap Bella Astillah.

Scroll to Top