Sudah beberapa minggu kes positif harian Covid-19 di Malaysia melebihi angka 20,000 kes. Sudah tentu ramai yang khuatir dan merasakan wabak tersebut semakin menular di sekeliling kita.
Disebabkan kes positif harian terlampau banyak, mereka yang disahkan telah dijangkiti wabak tersebut namun tidak mengalami sebarang komplikasi serius dibenarkan melakukan kuarantin kendiri di rumah sahaja.
Namun, penjagaan prosedur operasi standard (SOP) harus diperketat dan tidak dibenarkan keluar atau bergaul dengan orang yang negatif wabak di kawasan awam.
Akan tetapi, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @pvncessfatin telah memuat naik kembali sati video yang diperoleh dari TikTok berkenaan seorang wanita positif Covid-19 yang sewenangnya keluar berjoging di luar rumah.
Menerusi video tersebut, pemilik akau yang positif Covid-19 itu membuat pesanan supaya pesakit-pesakit Covid-19 janganlah asyik berkurung sahaja kerana kita perlukan oksigen sihat.
Dia juga sempat menasihati jiran-jiran supaya tidak takut dengan pesakit Covid-19 selagi mereka tidak datang menghampiri.
Walau bagaimanapun, menurut @pvncessfatin, pengguna akaun TikTok itu sudah memadam video tersebut termasuklah akaun Tiktoknya sekali selepas tindakannya mendapat kecaman ramai pihak.
Jadi, menerusi makluman daripada orang awam di media sosial, pengguna Twitter itu telah dapat mengenalpasti lokasi tempat wanita tersebut berjoging dan meminta penduduk di kawasan tersebut lebih berhati-hati kerana bimbang berlaku jangkitan yang lebih meluas andai tidak disedari akan kehadiran mereka yang degil serta enggan mematuhi arahan yang ditetapkan.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meluahkan rasa geram di Twitter @pvncessfatin.
Merek juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita tersebut kerana boleh membahayakan orang lain disebabkan perangai degilnya yang mementingkan diri sendiri.
Sumber: Twitter @pvncessfatin




