‘Sarjan Alang’ Dipanggil Polis, Baju Seragam Dirampas | Oh! Media

‘Sarjan Alang’ Dipanggil Polis, Baju Seragam Dirampas | Oh! Media

Di Meru, Klang, nama Sarjan Alang bukanlah asing lagi. Rutin harian lelaki istimewa ini yang sering berpakaian seperti anggota polis dan melakukan ‘sekatan jalan raya’ spontan cukup menghiburkan penduduk setempat.

Tapi baru-baru ini, seorang netizen telah merakam Sarjan Alang menjaga lalu lintas lalu video itu tular di media sosial.

Tular video Sarjan Alang jaga lalulintas

sarjan alang

Rata-rata netizen menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut. Susulan itu, pemilik Facebook, Eone Psyco, mengesahkan Sarjan Alang kini tidak lagi dibenarkan meneruskan aktiviti tersebut.

Pada yang telah komen yang negatif atau yang positif. Secara rasminya saya selaku “penjaga” yang korang semua kata acah-acah terpaling menjaga memaklumkan bahawa mulai hari ni mungkin tiada lagi melihat kelibat Sarjan Alang membuat roadblock di Meru atau di mana-mana sekali pun.

Jelasnya, Sarjan Alang telah dipanggil untuk memberi keterangan dan pakaian seragam serta kelengkapan yang sering digunakan Sarjan Alang turut dirampas.

Sarjan Alang anak istimewa

sarjan alang

Pihak berkuasa juga menegaskan bahawa beliau tidak lagi boleh mengenakan pakaian menyerupai polis atau meniru tugas penguat kuasa.

Sarjan alang ini anak istimewa. Cita-cita beliau teringin sangat menjadi anggota polis. Namun apa kan daya jika tiada laporan atau aduan. Polis pun biarkan saja. Tapi setelah didesak oleh sekumpulan netizen. Pihak polis terpaksa ambil tindakkan. Jadi Insyallah kami akan ubah watak Sarjan Alang ini nanti mungkin dia akan naik pangkat menjadi detective plak.

Menurut Eone Psyco lagi, tiada tindakan akan diambil sekiranya tiada aduan. Namun, desakan daripada sebahagian netizen menyebabkan pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas.

Pssttt! Aduhai, tak ada dah kelibat Sarjan Alang jaga trafik lepas ni. Mungkin ini yang terbaik untuk Sarjan Alang kan?

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top