Sasaki bersedia memulakan musim baharu bersama NSFC

Sasaki bersedia memulakan musim baharu bersama NSFC

sukan@hmetro.com.my

Seremban: Negeri Sembilan FC (NSFC) mengesahkan pemain import dari Jepun, Takumi Sasaki meneruskan cabaran bersama pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026.

Menurut jurucakap NSFC, Sasaki yang berasal dari Sendai, Miyagi kekal bersama pasukan itu selepas beraksi cemerlang sepanjang musim lalu dan menjadi nadi penting di bahagian tengah mereka.

“Sudah pasti pemain yang berketinggian 168 sentimeter ini akan meneruskan rentak terbaik untuk musim baharu nanti.

“Kami berharap semangat Sasaki terus menyala dan kekal fokus kepada usaha untuk menjulang nama Negeri Sembilan,” katanya.

Sasaki, 26, menunjukkan komitmen tinggi terhadap pasukan dalam setiap perlawanan Liga M dengan mempamerkan corak persembahan agresif serta prestasi sangat baik.

Selain bertindak sebagai pemain tengah, dia turut membantu serangan dan menjaringkan gol.

“Fokus saya adalah membantu NSFC menjadi lebih kuat dan seterusnya dapat mencipta kejayaan lebih baik bagi musim baharu nanti,” kata Sasaki.

Setakat ini, NSFC mengumumkan tiga pemain kebangsaan iaitu Luqman Hakim Shamsuddin, Khuzaimi Piee dan Mohd Azri Ghani manakala bekas ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil dilantik sebagai pengendali baharu bagi musim 2025-2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top