Sathiya Dilaporkan Tidak Sedarkan Diri, Tahap Kesihatan Merosot

Sathiya Dilaporkan Tidak Sedarkan Diri, Tahap Kesihatan Merosot

Pelakon dan pelawak veteran, Sathiya dilapor berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon kuning Hospital Ampang sejak pagi tadi.

Memetik BH Online, anak perempuannya Amani memaklum bapanya di bawa ke hospital pada jam 1.30 pagi tadi selepas mengalami muntah-muntah dan tidak mampu berkomunikasi dengan jelas.

BACA: “Selamat Kaki Aku” – Sathiya Lega Dua Jari Berjaya Diselamatkan, Tak Payah Potong

“Keadaan kesihatan ayah merosot selepas mengadu pening kepala serta mengalami simptom mata menjadi kuning dan muntah-muntah sejak malam semalam. Kita cakap satu, dia respons satu,” katanya.

Menurut Amani lagi, hasil pemeriksaan mendapati bapanya perlu menjalani pembedahan lanjut pada bahagian kaki.

Doktor memaklumkan kaki kiri bapanya yang sebelum ini pernah dibedah perlu dipotong di atas paras lutut bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian anggota badan lain.

“Doktor cakap terpaksa kena potong kaki yang dulu pernah dipotong itu sekali lagi. Kalau potong pun, kali ini di atas lutut sebab risau kuman cepat merebak pada badan,” katanya.

Sathiya tidak pernah mengabaikan jadual rawatan susulan sert pengambilan ubat-ubatan, bagaimanapun keadaannya kali ini agak membimbangkan kerana belum sedarkan diri.

Difahamkan, Sathiya berada zon kuning hospital  sementara menunggu kekosongan wad dan pemantauan lanjut daripada pakar ortopedik.

Sumber: BH Online


Scroll to Top