Saya akan berusaha menjernihkan keadaan – Farid Kamil

Saya akan berusaha menjernihkan keadaan – Farid Kamil

 

Kuala Lumpur: Pelakon Farid Kamil bertegas untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Diana Danielle.

Farid berkata, cinta dan kasih sayang terhadap Diana tidak pernah pudar malah akan berusaha menjernihkan hubungan mereka.

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran terbabit dan macam seperti semua orang sedia maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya. 

“Saya akan berusaha apa saja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-Allah,” katanya.

Dalam masa sama, Farid memohon orang ramai untuk mendoakan agar rumah tangga mereka kembali pulih dan bahagia.

Semalam Diana mengejutkan ramai pihak apabila nekad untuk bercerai dengan Farid.

Berita itu dikongsikan Diana menerusi satu hantaran di Instagram tanpa mendedahkan punca dia nekad dengan keputusannya itu.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top