Pelakon Kamal Adli tetap dengan pendiriannya untuk terus mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose.
Menerusi temu bual bersama Sinar, Kamal berkata dia mengharapkan yang baik-baik serta akan berusaha untuk selamatkan rumah tangganya.
BACA: “Anak Saya Perlukan Ayah & Ibunya” – Kamal Adli Tetap Tak Nak Cerai
“Saya harap yang baik-baik saja. Saya tak nak apa-apa jadi pada ‘masjid’ yang saya dah bina ni.
“Saya akan fight sampai hujung, sampai Allah kata ‘sudahlah’. Macam itulah… saya akan buat. Insya-Allah,” katanya.
Ketika ditemui di mahkamah tadi, Kamal berkata hari ini dia pertama kali bertemu dengan isterinya selepas dua bulan tidak berjumpa dan sehingga kini belum dapat berhubung dengan Uqasha.
Sumber: Sinar Harian




