Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan yang beliau telah pun memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan penceramah bebas, Mohd Rasyid Mohd Alwi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq.
Tindakan itu dilakukan individu-individu tersebut dikatakan telah memfitnahnya menerusi video dan gambar di media sosial.
Khairy telah menuntut ganti rugi dan meminta agar hantaran-hantaran tersebut dibuang serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Susulan daripada itu, penceramah bebas berkenaan telah menulis sekali lagi di Instagramnya dengan bercadang mahu menyaman semula KJ sebanyak RM500 juta.

Tak hanya itu, Abu Syafiq turut menulis permohonan maaf secara sinis dan tetap dengan pendiriannya yang enggan mendapatkan suntikan pelindungan.

Kali ini, penceramah bebas itu sekali lagi meninggalkan pesanan buat Menteri Kesihatan dengan memaklumkan yang dia tetap dengan pendiriannya untuk ‘melawan’ gugatan saman tempoh hari di mahkamah tinggi.
Dalam pada itu, Abu Syafiq turut memberikan tentangan apabila menyatakan yang dia sama sekali tidak takut dan akan ‘berjuang’ semahunya kerana inilah masa paling sesuai.

Menjengah keruangan komen, dilihat ramai warganet yang berpihak kepada penceramah bebas itu untuk meneruskan saman balik kepada Khairy berhubung isu fitnah.
Setakat ini, melihat dari posting yang di buat Abu Syafiq, dia sepertinya masih berulang alik ke Mekah untuk membawa jemaah umrah sedangkan dia sendiri mengaku yang tidak mengambil sebarang suntikan vaksin bagi mencegah penularan wabak ketika ini.
Sumber: Instagram Ustaz Abu Syafia




