Seorang wanita dikenali sebagai Meerween Hanees Natasha memohon dirinya tidak dilibatkan dalam pertelingkahan antara tunangnya dan bekas isteri.
BACA: Usahawan Popular Dakwa Bekas Suami Kerap Langgan Wanita, Siap Sewa ‘Office’ Jadi Port Maksiat
Menerusi kenyataan panjang lebar di Instagram, Meerween menjelaskan, perkenalannya dengan tunang berlaku beberapa bulan selepas pasangan itu bercerai.
Perkenalan bermula selepas bercerai

Sejak awal perkenalan, dia tidak pernah mencampuri urusan rumahtangga tunangnya dengan pasangan terdahulu.
Malah, dia juga tidak pernah menilai kisah silam mana-mana pihak. Bagi wanita ini, setiap manusia harus diberikan peluang untuk berubah dan perbaiki diri.

Namun, dia berasa kecewa apabila dirinya dan jenama tudung yang diwakilinya tiba-tiba terpalit dengan kontroversi.
Meerween memohon dirinya termasuk jenama tudung itu tidak dilibatkan dalam apa jua bentuk tuduhan, serangan atau spekulasi.
Kecewa apabila nama dan jenama tudung terpalit dalam perbalahan

Menurutnya, sebagai manusia biasa, dia juga mempunyai perasaan, keluarga dan maruah yang ingin dijaga. Justeru, dia berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara tertutup dan beradab, bukan di ruang awam yang hanya menambah luka semua pihak.
Tindakan undang-undang akan diambil jika berlaku fitnah, gangguan siber

Dalam pada itu, Weween turut memaklumkan bahawa dia telah berbincang dengan peguam bagi meneliti langkah undang-undang sekiranya terdapat unsur fitnah, gangguan atau buli siber yang menjejaskan reputasi serta kesejahteraannya.

Dalam pada itu, Weween turut memaklumkan bahawa dia telah berbincang dengan peguam bagi meneliti langkah undang-undang sekiranya terdapat unsur fitnah, gangguan atau buli siber yang menjejaskan reputasi serta kesejahteraannya.
Pssttt! Dalam situasi penuh spekulasi begini, penjelasan terbuka seperti ini sekurang-kurangnya membantu meredakan kekeliruan ramai. Diharapkan semua pihak dapat menjaga batas dan tidak menambah bara dalam isu peribadi orang lain.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




