Trending
Cik Epal dedah Jofliam sebenarnya disekat imigresen sebab tak bayar cukai, bukan sebab dirinya!
Sebelum ini, usahawan sensasi, Jofliam mendakwa bekas isterinya, Cik Epal menjadi punca dia dan anak-anak tidak dapat bercuti ke Koh Lipe bersama isteri barunya, Dewi.
Namun kini, segalanya terbongkar apabila Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud tampil mendedahkan punca sebenar kenapa Jofliam sebenarnya disekat oleh imigresen.
“Tak bayar cukai, tapi nak salahkan orang!” – Cik Epal

Menurut Cik Epal, Jofliam disekat keluar negara bukan kerana dirinya, tetapi kerana gagal membayar cukai kepada pihak berkuasa.
Beriya dekat kotak pizza tulis ‘Saya Anak Malaysia’ tapi tak bayar tax. Memalukan betul jantan IC genap ni.
Kenyataan itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang sebelum ini menyalahkan Cik Epal selepas Jofliam bermain ‘drama’ di media sosial.
Netizen dah muak dengan Jofliam

Rata-rata netizen meluahkan rasa bosan dengan sikap Jofliam yang sering menjadikan bekas isteri sebagai kambing hitam, sedangkan banyak isu datang daripada dirinya sendiri.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 2014, namun selepas 10 tahun bersama, mereka akhirnya bercerai dengan talak satu.
Kini, Jofliam sudah berkahwin semula, tetapi kisah lama bersama Cik Epal nampaknya masih menjadi bahan di media sosial.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.