“Saya Bangga Dengan Mereka Walaupun Lebih Berpengalaman” – Aedy Ashraf

“Saya Bangga Dengan Mereka Walaupun Lebih Berpengalaman” – Aedy Ashraf

Pelakon versatile, Aedy Ashraf mengaku komitmen serta disiplin yang ditunjukkan oleh pendatang baharu terutamanya barisan filem prekuel Kahar: Kapla High Council wajar diberikan pujian.

Katanya, dia terkejut apabila melihat dedikasi dan persembahan barisan anak muda dalam filem kali ini.

Malah, sebagai seorang yang sudah berada dalam industri hampir 21 tahun, Aedy atau nama penuhnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berasa bangga dan terinspirasi dengan semangat dan komitmen yang diberikan.

“Saya bangga dan terinspirasi dengan mereka walaupun lebih berpengalaman.

“Masing-masing datang ke set penggambaran pada waktu yang tepat, berdisiplin dan sentiasa menunjukkan persembahan yang cemerlang,” katanya.

Aedy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Malam Gala Tayangan Filem Kahar: Kapla High Council yang diadakan baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, pemenang Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 yang juga bertindak sebagai penerbit aksi dalam filem prekuel ini berharap agar keberadaan bakat baharu yang ada seperti Amir Ahnaf, Sky Iskandar dan lain-lain mampu meletakkan industri seni di fasa yang lebih baik.

“Mereka ni walaupun pelakon-pelakon muda tapi bersemangat extra buat say ahappy.

“Dan melihat mereka serta berada disamping mereka memang mereka lebih komited, bertenaga dan bagus sangat dalam kerja mereka.Saya mahu mereka pergi lebih jauh dan industri filem kita akan jadi lebih bagus,” jelasnya.

Scroll to Top