Komposer lagu Bea Sobar Bea iaitu Eddie Hamid meluahkan rasa syukur dan gembira apabila Eda Ezrin akhirnya dibebaskan sepenuhnya semalam.
Memetik Harian Metro, Eddie berkata bapa kepada penyanyi itu memaklumkan mereka akan membuat kenduri doa selamat apabila Eda dan suaminya pulang.
BACA: Eddie Hamid Sedia Sertai GV, Tak Kisah Kritikan Juri
“Saya bersyukur dan gembira sebab akhirnya Eda Ezrin dibebaskan. Bapanya pun ada beritahu sebelum ini yang mereka akan buat kenduri kesyukuran apabila Eda dan suaminya selamat pulang,” katanya.
Sementara itu, Eddit berkata ketika dia menunaikan ibadah umrah pada April lalu, dia berdoa agar Eda dibebaskan akhirnya dimakbulkan.
“Ketika pergi umrah, April lalu, saya berdoa agar Eda dibebaskan dan kini dimakbulkan Allah.
“Itu doa saya yang paling utama pada ketika itu. Buat waktu ini saya hendak berpesan kepada Eda agar bertenang dahulu. Sudah bebas itu suatu rahmat besar,” katanya.
Sumber: Harian Metro