“Saya Bukan Fighter” – ‘Security’ Kongsi Kisah Sebenar Gaduh Dengan Jurulatih MMA | Trending – Oh! Media

“Saya Bukan Fighter” – ‘Security’ Kongsi Kisah Sebenar Gaduh Dengan Jurulatih MMA | Trending – Oh! Media

Trending

Pegawai keselamatan (security) yang terlibat dalam pergaduhan dengan jurulatih MMA bersuara.


Siapa sangka insiden pergaduhan antara pengawal keselamatan dan jurulatih seni bela diri (MMA) di luar sebuah kondominium rupa-rupanya berpunca daripada salah faham kecil?

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Alim atau lebih mesra dipanggil Alim, berkongsi kisah sebenar di sebalik viral baru-baru ini.

Jelas Alim, kejadian berlaku secara spontan berpunca daripada salah faham yang bermula dari dalam kawasan kondominium mengaku.

Alim juga mengaku dia bukanlah seorang ‘fighter’ dan langsung tiada latar belakang ilmu silat.

“Saya buat kerja, tiba-tiba orang datang…” – Security

Mma

Menurut Alim, insiden itu berlaku sewaktu dia baru sahaja selesai bekerja dan mahu bertukar syif. Salah faham dengan Tony (jurulatih MMA) berlarutan sehingga tercetus pergaduhan di luar perumahan.

Saya buat kerja saya, tiba-tiba orang datang, jadi tak relaks, itu yang terjadinya pergaduhan. Saya pula memang jenis panas baran… tapi jangan kacau.

Alim meluahkan rasa malu apabila ahli keluarga dan jiran tetangga mula bertanya mengenai video viral tersebut.

Ujarnya, pergaduhan sebenarnya telah dilaporkan kepada pihak polis dan kedua-dua pihak berdamai. Siapa sangka video ditularkan beberapa hari kemudian.

“Malu juga… tapi benda dah jadi”

Tambah Alim, dia kini dipindahkan ke kawasan perumahan lain di Puchong, namun bersyukur kerana masih diberi peluang bekerja oleh majikannya.

Pegawai keselamatan ini tidak menyimpan dendam, malah mengambil pengajaran daripada insiden itu. Dia kini lebih berhati-hati mengawal emosi dan berharap kes ini menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

Pssttt! Beliau pun dah ambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Sememangnya provokasi tu tak baik!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top