Anak kepada selebriti terkenal Bella Astillah, iaitu Ara Adreanna menjadi perhatian netizen selepas berseloroh tidak mengaku berasal dari Sabah.
Lebih melucukan Ara berkata dia adalah ‘orang putih’ dan mula bercakap dalam bahasa Inggeris. Video berkenaan membuatkan netizen geli hati dan ‘mengadu’ kepada Bella Astillah.
Ara mohon maaf mengaku orang putih
Mendapat tahu hal tersebut, Bella menerusi sesi live meminta anaknya memohon maaf secara terbuka.
Assalamualaikum semua, nama saya Ara Adreanna dan mahu minta maaf sebab mengaku ‘orang putih’. Saya bukan orang putih, saya orang Sabah. Hari itu, Ara main-main sahaja.
Gelagat comel Ara ketika memohon maaf mencuri perhatian netizen, terutama peminat setia Bella yang menyambut baik permohonan maaf itu dengan rasa kasih dan sayang.
“Orang Sabah kah? No!” – Gelagat Ara undang perhatian
Terdahulu, tular sebuah rakaman video di mana Ara menjawab ‘tidak’ apabila ditanya oleh ibu saudaranya, penyanyi Didi Astillah, sama ada dia berasal dari Sabah.
Sebaliknya, Ara mengangguk ketika Didi berkata dia adalah ‘orang putih’ yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Pssttt! Dalam zaman media sosial yang pantas, setiap kata anak kecil pun boleh jadi perhatian ramai. Tapi tindakan Bella membimbing anaknya memohon maaf dengan penuh kelembutan adalah contoh terbaik.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.