“Saya Bukan Puan, Saya Cik” – Netizen Terhibur Tengok Fazura Bergurau | Oh! Media

“Saya Bukan Puan, Saya Cik” – Netizen Terhibur Tengok Fazura Bergurau | Oh! Media

Selebriti terkenal, Nur Fazura membuatkan para peminat geli hati apabila berseloroh membetulkan gelaran puan yang diberikan kepadanya.

Menurut aktres ini, dia kini merupakan ‘cik’ dan mungkin peminat tersalah panggil. Gurauan Fazura itu membuatkan para peminat di sesi live yang dibuat terhibur.

Fazura buat netizen terhibur

Ujar ibu kepada seorang anak ini, dia juga pernah menghadapi situasi di mana pelayan restoran menyapanya Puan Fazura.

Semalam Faz pergi restoran lepastu pelayan tu tanya la, “Apa khabar Puan Fazura”. ”Eh? Saya Cik.. haha pelayan tu ketawa”.

Fazura segera membetulkan panggilan itu membuatkan pelayan restoran ketawa.

Gembira dapat buat orang lain ketawa

fazura

Kata pelakon ini lagi, kadang kala gurauan sebegitu mampu membuatkan orang lain terhibur dan dia juga turut gembira.

Terdahulu, pasangan Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pada Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumahtangga.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya, 4.


Scroll to Top