Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan suaminya, Kamal Adli tidak menjalankan tanggungjawab serta gagal memberi nafkah sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Memetik mStar Online, Uqasha berkata dia terpaksa bekerja keras serta menggunakan wang sendiri menguruskan keperluan keluarga serta keperluan anak kerana tidak menerima nafkah.
BACA: “Tak Puas Hati Datang Jumpa Aku, Cakap Depan-Depan Sebab Kau Isteri Aku Lagi”
“Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah. Itu saya tak sentuh lagi, kau orang kata kononnya dia kerja.
“Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau. Tak! Saya kerja dan cari duit sendiri.
“Saya besarkan Uqaira. Saya beli baju sampailah Uqaira besar. Pampers, susu semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua tu,” katanya.
Sumber: mStar Online



