“Saya Cuma Bercanda” – Jefri Nichol Nafi ‘Tidur Dengan 20 Wanita’, Tegaskan Masih Teruna | Oh! Media

“Saya Cuma Bercanda” – Jefri Nichol Nafi ‘Tidur Dengan 20 Wanita’, Tegaskan Masih Teruna | Oh! Media

Siapa tidak kenal dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang kini sedang hangat bercinta dengan selebriti media sosial, Ameera Khan.

Jefri sebelum ini pernah menjadi bualan hangat gara-gara dakwaan pernah meniduri 20 orang wanita. Perkara itu diperkatakan Jefri sendiri melalui temubual di podcast.

Jefri Nichol masih teruna, hanya bergurau dalam podcast

Terbaru, pelakon itu akhirnya tampil menjelaskan ianya hanyalah gurauan semata-mata. Jefri tidak menyangka ianya diperbesar-besarkan sehingga kerjayanya terjejas.

Dalam satu video TikTok yang dimuat naik semula oleh pengguna platform tersebut, Jefri dengan nada serius menjelaskan ianyalah adalah salah faham.

Kenyataan saya di podcast itu hanya sekadar bergurau sahaja, sumpah. Dan media telah memperbesarkan hal itu. Disebabkan perkara itu juga, kerjasama saya dengan beberapa jenama lain turut terjejas. Untuk pengetahuan semua, saya masih teruna.

Dalam masa sama, Jefri turut kongsi satu berita gembira buat peminat di mana dia kini dalam proses mengumpul duit untuk kahwin dengan teman wanitanya, Ameera Khan.

Jefri serius dengan Ameera, sedang kumpul duit

Menurut Jefri, mereka sudah bersama sejak Januari dan Ameera mempunyai ciri-ciri isteri idamannya. Jelasnya lagi, Ameera seorang wanita yang sangat memahami, penyayang dan ambil berat tentang kariernya.

Pssttt! Wah beneran serius nampaknya Jefri dengan LMK kan? Semoga urusan mereka ke jinjang pelamin dipermudahkan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top