“Saya Cuma Buat-Buat Okay” – Tak Boleh Tipu Diri Sendiri, Kamal Adli Akui ‘Koyak’

“Saya Cuma Buat-Buat Okay” – Tak Boleh Tipu Diri Sendiri, Kamal Adli Akui ‘Koyak’

Pelakon Kamal Adli mendedahkan dia kini masih dalam proses untuk memulihkan emosi.

Bercerai dengan aktres Uqasha Senrose kira-kira dua minggu lalu, Kamal berkata keadaan yang ditempuhi bukan sesuatu yang mudah, malah dia terpaksa menutup perasaan dan cuba kelihatan tenang ketika berada di set penggambaran.

“Saya suka bila sibuk bekerja dan pada masa sama tengah ‘recovery’. Ini benda baharu untuk saya, saya tak pernah lalui sebelum ini.

“Saya tak pernah rasa macam ni, jadi dekat set penggambaran saya cuma buat-buat okay,” katanya kepada XTRA.

Kamal turut berkongsi, kekecewaan yang dirasai memberi kesan besar sehingga selera makannya terjejas dan berat badan turun dengan cepat.

“Saya tak boleh tipu diri sendiri, sebenarnya saya memang koyak. Saya kena teruskan penggambaran sebab itu rezeki saya.

“Sampai tahap saya tak ada rasa nak makan. Memang saya tengah diet, tapi keadaan ini ‘tolong’ sekali,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambahnya, masih banyak perkara yang perlu dia hadam dan dia lebih selesa menyendiri apabila pulang ke rumah.

“Walaupun sibuk shooting, bila ada masa sendirian barulah saya sempat fikir dan ‘healing’.

“Lepas habis penggambaran, saya balik duduk dalam bilik saja. Berfikir, solat dan buat apa yang mampu. Nak kata ia membantu sepenuhnya tidak, tapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab kerja pun banyak,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Luah Rasa Rindu, Kamal Adli Bersyukur Dapat Luangkan Masa Dengan Anak – “Terima Kasih Uqasha Kerana…”

Dalam masa sama, Kamal merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan di set penggambaran yang sentiasa menceriakan suasana tanpa menyentuh soal peribadinya.

“Mereka tahu saya tengah down, tapi tak buka mulut pasal benda itu. Mereka cuma cuba buat saya gembira,” ujarnya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun lapan bulan.

Scroll to Top