“Saya tidak perasan, tetapi, nampaklah ada orang bercakap mengenainya”.
Demikian respons pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ketika ditanya mengenai ucapan yang ditinggalkan bekas ibu mentuanya kepada kedua-dua cucunya iaitu Ayden dan Ara.
Kata Bella, dia tidak mengetahui mengenai perkara itu sehingga ada yang memperkatakannya.
“Saya tidak perasan, tetapi, nampaklah ada orang bercakap mengenainya.
“Doakan yang terbaik buat kedua belah pihak,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai inisiatif pihak bekas suami untuk berjumpa anak-anak, pelantun lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ itu enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak berani komen perkara itu. Takut tersalah cakap.
“Saya minta semua peminat yang ambil berat mengenai anak-anak saya agar doakan yang terbaik buat keluarga kami,” jelasnya.
Terdahulu, ibu kepada Aliff Azzi iaitu Siti Hafiza Basharahil mengambil peluang untuk mengucapkan ulang tahun kepada cucunya sempena ulang tahun kelahiran mereka yang disambut pada 8 dan 18 Julai lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gesa Anak Rampas Semula Hak Penjagaan Cucu, Ibu Aliff Aziz Tampil Beri Teguran – “Kasihan! Teruskan Jika Ini Buat Anda Tenang”
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Mentua Bella Astillah Titip Ucapan Ulang Tahun Buat Cucu Tercinta – “Kasih Sayang, Cinta Kami Tak Pernah Pudar”
ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah Kongsi Adengan Lakonan, Netizen Titip Komen Nakal – “Nasib Baik Pandai Nangis Depan Kamera”
Sumber: Berita Harian