Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, menegaskan dia telah melakukan yang sebaiknya dalam prosiding tuntutan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, 59, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Isnin.
Memetik laporan Harian Metro, Nora menjelaskan, suaminya itu masih mahu meneruskan dan mempertahakan rumah tangga mereka.
“Saya tidak mahu masuk campur dan kalau boleh, mahu segera keluar daripada lingkaran toksik ini.
“Tapi prosiding dipanjangkan kerana Rushdi masih mahu meneruskan perkahwinan dan saya pula tak mahu tarik balik permohonan cerai.
“Jadi, kita perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam.
“Saya sudah buat apa yang patut tapi kuasa talak bukan pada saya.
“Jadi, kepada pihak tretentu, silakan berhujah dengan suami puan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, pelantun lagu Dipersimpangan Dilema itu menegaskan, dia sudah nekad dengan keputusan untuk bercerai meskipun suaminya enggan melepaskannya.
Terdahulu, pada 12 Ogos tahun lalu, rumah tangga pasangan selebriti Nora dan Rushdi menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas penyanyi itu memuat naik video di Instagram memaparkan detik suaminya melafazkan cerai.
Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul sehingga mendorong Nora memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April lalu.
Sumber: Harian Metro




