Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa sebak apabila tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Luah rasa rindu

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal meluahkan perasaan rindu terhadap anak tunggalnya, Hawra Uqaira yang menyambut hari raya bersama ibunya di kampung.
“Selamat hari raya ke-3 rakyat-rakyat threads!
“Macam mana raya semua, saya dah pishang rindu anak saya. Harap dia ingat kat saya. Buat semua selamat menghadapi jam, saya ride jadi tak mengapa,” ciapannya, hari ini.
Sebelum ini, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli memaklumkan meskipun tidak berpeluang menyambut 1 Syawal bersama anaknya, dia tetap meluangkan masa lebih awal untuk membuat persiapan raya bersama.
Menurutnya, Hawra akan beraya di sebelah ibunya dan mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini juga tidak seperti dirancang apabila perayaan di kampung halaman ibunya di Pahang tidak dapat diraikan bersama pasangan seperti yang diharapkan.
Screenshot
Artikel lain: Kamal Adli reda belum ada hak bermalam, tetap syukur Uqasha Senrose beri izin jumpa anak
Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.
Sumber: Threads kamaladli




