“Saya Dah Tiada Makna Bagi Dia..” – Ibu Anna Jobling Dedah Punca Pergaduhan | Trending – Oh! Media

“Saya Dah Tiada Makna Bagi Dia..” – Ibu Anna Jobling Dedah Punca Pergaduhan | Trending – Oh! Media

Trending

Ibu Anna Jobling dakwa hubungan mereka retak serta jelaskan punca pergaduhan dan nafikan penderaan.


Hubungan pelakon popular Anna Jobling dengan ibunya, Ariz Arop dikatakan sudah lama tegang. Pulak dah!

Menurut laporan Harian Metro, Ariz mendedahkan antara punca keretakan itu adalah campur tangan pihak ketiga termasuk pengurusan dan kelab peminat anaknya.

Lepas dia popular, ada kelab peminat, ada peguam dan dijaga syarikat pengurusan, saya sudah tak ada makna bagi dia.

Campur tangan pengurusan dan peminat Anna Jobling?

Ariz Ibu Anna Jobling

Ariz mendakwa pengurusan dan admin kelab peminat Anna terlalu banyak mencampuri urusan peribadi antara dia dan anaknya sehingga sering menimbulkan pergaduhan.

Macam kelab peminat dia terlampau banyak campur tangan urusan peribadi saya dengan Anna.

“Saya bukan pukul, tapi sepak” – Ariz

Ibu Anna

Ariz turut mengaku mendidik Anna dengan memukul pada muka, namun menafikan ia satu penderaan. Katanya, tindakannya itu hanya kerana Anna bersikap kurang ajar dan melampau batas.

Bila dah melawan, melampau-lampau, pakai panggilan kau, aku, jadi saya sepak dia. Bukan untuk dera atau patahkan kaki.

Ibu dakwa Anna Jobling banyak berubah

Anna 2

Menurut Ariz, Anna kini sudah jauh berubah selepas popular dan mempunyai duit, malah ramai yang akan menyebelahinya kerana statusnya sebagai selebriti.

Kebanyakan orang pasti akan menyebelahinya sebab dia pelakon, popular dan cantik. Siapa sahaja yang mahu sokong saya?

Pssttt! Keluarga adalah tempat kita bermula. Walau setinggi mana kita terbang, jangan lupa akar yang membesarkan kita. Empati dan komunikasi adalah kunci keharmonian.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top