“Saya Gagal Didik Isteri, Gagal Kemudi Rumah Tangga”

“Saya Gagal Didik Isteri, Gagal Kemudi Rumah Tangga”

Pelakon dan pelawak Along Cham meluahkan rasa syukur kemelut rumah tangganya dengan bekas isteri iaitu Afreena Suhaimi bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu.

Memetik Oh Bulan, Along berkata dia mahu terus melangkah ke hadapan serta meneruskan kehidupan serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.

BACA: Along Cham, Afreena Sah Cerai Talak Satu 

“Alhamdulillah, saya lega kerana setahun perkara ini (kes cerai) berjalan. Sekarang saya mahu ‘move on’ dan teruskan kehidupan. Saya bersyukur ada ibu di sisi dan semua yang banyak mendoakan saya. Terima kasih semua,” katanya.

Sementara itu, Along mengakui jika ada yang mengatakan dirinya gagal mendidik isteri serta tidak menyalahkan bekas isterinya atas kegagalan rumah tangga mereka.

“Ingin kata saya serik berkahwin itu tidak, saya anggap semua ini ujian dalam perkahwinan dan dapat belajar sesuatu. Nak salahkan orang lain pun tidak boleh kerana akhirnya berbalik kepada tanggungjawab seorang suami.

“Orang pasti akan cakap saya gagal mendidik isteri, saya akui semua itu. Saya gagal mengemudi rumah tangga ini dengan baik.

“Ujian yang saya tanggung bukan dalam perkahwinan sahaja tetapi malapetaka turun menimpa karier. Antara malapetakanya saya ditahan di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Dalam pada itu, Along berkata dia sudah ‘move on’ dan tidak mahu lagi menjalinkan hubungan persahabatan dengan bekas isterinya itu.

“Sekali lagi saya cakap, saya mahu ‘move on’. Mungkin ada setengah perkahwinan selepas bercerai mereka boleh berkawan, namun tidak pada saya. Dengan apa yang dia lakukan pada saya selama ini sejak hari pertama saya ditahan, macam-macam dugaan dah,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top