Oh! Artis
Eina Azman naik angin bila suami dikecam tak kacak. Katanya, rupa bukan ukuran kebahagiaan rumah tangga.
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa kecewa dan geram apabila ramai netizen meninggalkan komen negatif mengenai rupa paras suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.
Menurut laporan Oh Bulan, Eina menegaskan bahawa suaminya cukup kacak di matanya, dan dia tidak perlukan pengesahan daripada orang lain.
Saya daripada dulu memang pilih muka. Yang penting, dia kacak di mata saya.
Kalau suami saya buruk sangat, anak-anak saya tak akan comel.
“Saya geram..” – Eina Azman

Menurut Eina, walaupun suaminya tidak ambil serius dengan komen tersebut, dia sebagai seorang isteri tetap terasa hati apabila suaminya dikritik.
Saya geram bila baca komen negatif. Bila tunjuk dekat suami, dia ketawa saja.
Tapi saya sebagai isteri terkesan sebab suami saya tak kacau kalian pun.
Wajah kacak bukan jaminan kebahagiaan

Eina turut berpesan bahawa rupa paras bukan segalanya dalam rumah tangga.
Kalau kacak tapi malas kerja, buat apa? Kalau kacak tapi suka mainkan hati perempuan, buat apa?
Rupa paras yang kacak saja tak boleh hidangkan makanan atas meja.
Tambahnya lagi, Allah telah mengurniakan rezeki anak kembar mereka, Aubrey dan Karl, dengan rupa yang menyerupai kedua-dua ibu bapa.
Pssttt! Kacak atau cantik hanya bonus, tapi kesetiaan dan tanggungjawab itulah yang menentukan kebahagiaan rumah tangga. Jangan cepat menghina rupa orang lain kerana ia bukan ukuran nilai sebenar seseorang.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.