“Saya Hanya Berkongsi Cerita, Bukan Mengejar Populariti” – Zara Zya Tak Sangka Kisah Diganggu Makluk Halus Tular

“Saya Hanya Berkongsi Cerita, Bukan Mengejar Populariti” – Zara Zya Tak Sangka Kisah Diganggu Makluk Halus Tular

Pelakon, Zara Zya tidak menyangka kisah peribadinya yang diganggu mahkluk halus menjadi sorotan ramai sehingga masih heboh di seluruh platform media sosial.

Perkongsiannya itu menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas tular sebuah potongan video podcast tersebut memaparkan suara Zara yang berubah menjadi seram ketika menyebut perkataan ‘iblis’.

Berdasarkan ciapan di platform Threads, aktres drama rantaian Risik Pada Hati ini tidak mengejar populariti dan hanya ingin bercerita pengalamannya berdepan gangguan mistik dalam podcast Disebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun.

“Niat saya hanya berkongsi cerita, memandangkan nama podcast pun ‘Disebalik Misteri’.

“Saya bukan mengejar populariti.. tak sangka pun akan tular sampai macam ni.

“Terpulang pada mata yang melihat dan telinga yang mendengar,” tulisnya.

Zara Zya

Zara berkata gangguan mistik itu membuatkan dirinya berperwatakan seperti ular dalam mimpi, selain turut memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan.

Bukan itu sahaja, gangguan ghaib tersebut begitu ekstrem sehingga dia pernah ingin membahan kucing sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Seram! Suara Zara Zya Berubah Ketika Sebut Iblis – “Wallahi Tak Sunting, Itulah Dia!”

Scroll to Top