'Saya ini memang orang tak suka' – Azam Baki

'Saya ini memang orang tak suka' – Azam Baki

hafidzul@hmetro.com.my

Putrajaya: “Saya ini memang orang tak suka,” itu respon ringkas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung kritikan penyambungan kontrak jawatan berkenaan.

Azam berkata, terpulang kepada mana-mana individu untuk mengkritiknya.

“Ini negara yang merdeka, awak boleh buat apa yang awak suka, terpulanglah pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak membantah keputusan penyambungan kontrak jawatan nombor satu suruhanjaya berkenaan.

Pada 10 Mei lalu, Nurul Izzah lantang mengkritik pelantikan semula Azam Baki yang kini memasuki penggal ketiga sebagai peneraju SPRM, dengan Puteri Reformasi itu menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tidak wajar.

“Pemanjangan kontrak sebegini menyukarkan perubahan mendasar berlaku,” katanya.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan keputusan melanjutkan kontrak jawatan berkenaan untuk penggal ketiga, yang menurutnya mencerminkan kekeliruan dan ketidaksepakatan dalam kalangan pimpinan utama kerajaan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli turut menyatakan beliau tidak bersetuju dengan pelanjutan itu.

Bagaimanapun, Rafizi dilaporkan berkata, beliau tidak boleh menyuarakan ketidaksetujuan secara terbuka kerana beliau adalah seorang menteri Kabinet.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top