“Saya Kena Live, Nanti Orang Cakap Tak Luangkan Masa Dengan Anak-Anak”

“Saya Kena Live, Nanti Orang Cakap Tak Luangkan Masa Dengan Anak-Anak”

Baru-baru ini tular video siaran langsung memaparkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dilihat meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Bella berkata dia perlu membuat siaran langsung di media sosial bagi mengelakkan tanggapan negatif sesetengah netizen.

BACA: Doktor Harap Syed Saddiq Tak Kecewakan Bella,  ‘Ugut’ Nak Rampas Muar Jika Tak Kahwin

Bella berkata dia tidak semua akan dipaparkan di media sosial terutama masa bersama anak-anak dia akan merakamkan momen namun tidak semua akan dikongsikan.

“Sekarang ini walaupun kejap kena juga buat live sebab nanti orang akan cakap saya tak luangkan masa dengan anak-anak. Padahal memang selalu je cuma tak ada la buat live ke apa.

“Sebenarnya, kita yang ada sosial media ini..kita hanya nak tunjuk apa yang kita nak tunjuk. Masa dengan anak-anak amatlah berharga, Bella rekod tapi tak saya post atau pun buat live,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut menjelaskan ramai yang salah faham apabila ada yang mendakwa dia dilihat sering bersama dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

“Kalau saya dengan YB, peminat selalu datang rakam video, pembantu peribadi kami ambil video. Jadi, orang akan nampak kami sentiasa bersama, padahal tak pun.

“Sama dengan artikel-artikel yang keluar. Sesi temu bual dibuat sekali sahaja tetapi isi-isi temu bual itu akan dikeluarkan pada berlainan hari,” katanya.


Scroll to Top