“Saya Lebih Kepada Menjaga Anak-Anak, Sebab Tu Saya Bertahan” – Azar Azmi Cemburu Lihat Orang Lain Bahagia

“Saya Lebih Kepada Menjaga Anak-Anak, Sebab Tu Saya Bertahan” – Azar Azmi Cemburu Lihat Orang Lain Bahagia

Oh! Artis

Azar Azmi kongsi detik hitam ditahan polis, mengaku salah terlalu percayakan orang.


Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon Azar Azmi mengejutkan ramai apabila tiba-tiba ditahan berkait kes penipuan bersama suaminya.

Namun, Azar sudah dilepaskan selepas disoal siasat dan hanya suami yang dituduh di mahkamah.

BACA: Azar Azmi Dibebaskan Polis, Akan Jadi Saksi Pendakwaan Dua Kes Penipuan Suami

Terbaru, Azar menerusi temubual bersama Melodi berkongsi pengalaman pahitnya ketika ditangkap polis baru-baru ini.

“Gambar terpampang, tangan ada gelang”

Azar Azmi

Azar berkata, dia tidak pernah terbayang hidupnya akan sampai ke tahap itu.

Gambar terpampang macam itu, tangan dah ada ‘gelang’. Itu paling teruk dalam kehidupan saya. Tak pernah terbayang dan terfikir satu hari saya ke situ.

Menurut pelakon ini, ketika itu, dia hanya mampu berdoa semoga Allah SWT menjaga keselamatan anak-anaknya.

Lebih menyedihkan, di sebalik kehidupan glamor suatu ketika dulu, rupa-rupanya pelakon Azar Azmi menyimpan kisah duka yang cukup berat untuk ditanggung seorang diri.

Bertahan demi anak, cemburu lihat kebahagiaan orang lain

Ketika ditanya sama ada dia rasa dilindungi dalam rumahtangga, Azar menjawab tidak tahu. Dia secar jujur cemburu dengan kehidupan orang lain.

Azar mengakui dia hanya bertahan demi anak-anak kerana impiannya adalah untuk memiliki keluarga yang bahagia.

Saya tak tahu tapi nak bandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu. Saya lebih kepada menjaga anak-anak, sebab itu saya bertahan. Saya mengimpikan keluarga yang tak nak gagal. Biarlah sampai mati tapi saya pun tak sangka benda jadi macam ini.

Sebelum ini, Azar bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen pernah ditahan atas pertuduhan menipu dua mangsa melibatkan urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan dengan jumlah kerugian RM293,931.

Pssttt! Kisah yang dilalui Azar Azmi ini jelas menunjukkan bahawa tidak semua yang nampak tenang di luar sebenarnya bahagia di dalam. Dalam mengejar impian keluarga sempurna, kadang-kadang realiti tidak seperti yang diharapkan. Apa pun, anak-anak sering menjadi kekuatan terbesar untuk terus bertahan. Semoga segala ujian ini menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang lebih baik buat Azar.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top