“Saya Masuk Industri Tanpa Duit, Tanpa Nama” – Mimi Lana Dedah Bukan Orang Senang, Nabila Huda Pernah Pinjamkan ‘Winter Clothes’

“Saya Masuk Industri Tanpa Duit, Tanpa Nama” – Mimi Lana Dedah Bukan Orang Senang, Nabila Huda Pernah Pinjamkan ‘Winter Clothes’

Pelakon popular, Mimi Lana berkongsi pandangannya mengenai industri seni tanah air yang menurutnya sering dilabel ‘kotor’.

Kata Mimi, sepanjang pengalamannya berada dalam dunia seni, dia mengakui akan sentiasa ada orang baik dan orang jahat.

“Saya mungkin tidak cukup lama dalam industri ni, tapi apa yang boleh saya katakan industri ini tidak bersih, tetapi ia tidak sekotor seperti yang digambarkan.

“Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya sangat percaya, tidak kira apa jenis industri yang anda ceburi, akan sentiasa ada orang baik dan orang jahat. Kita tidak sepatutnya mencemuh yang baik hanya kerana ada yang buruk,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Dalam perkongsian sama, Mimi turut mendedahkan dia bukan datang daripada keluarga berada ketika mula menapak dalam industri.

“Saya bukan berasal dari keluarga yang kaya atau berada semasa mula-mula menceburi industri ni. Saya masuk dengan tiada apa-apa. Tiada wang, tiada keistimewaan, tiada perlindungan.

“Banyak yang ingin saya sampaikan, tetapi dipendekkan kata, Allah telah memberikan saya lebih banyak nikmat dan kebaikan daripada kesakitan. Alhamdulillah. Allah Maha Besar, dan saya berpegang pada-Nya setiap hari,” kongsinya.

Tidak hanya berkongsi sisi getir, Mimi turut mengimbau kenangan awal pembabitannya dalam industri apabila pelakon Nabila Huda pernah menghulurkan bantuan kepadanya tanpa diketahui oleh orang lain.

“I still remember 10 years ago when I first stepped into this industry. Nabila Huda, who I always call Abil, pernah pinjamkan saya satu luggage besar penuh dengan winter clothes sebab saya ada kerja di overseas.

“Zaman tu saya memang tak ada duit, kereta pun belum ada. And the truth is, I was nobody at that time. Tak ada nama, tak ada tempat Tapi dia sudi membantu seorang budak jalanan yang baru nak kenal dunia industri ini. Dan tidak pernah diuar-uarkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mimi menitipkan pesanan buat pendatang baharu agar sentiasa bijak membaca situasi dan menjaga diri.

“Kepada sesiapa yang baru nak masuk ke dalam industri ini dan bercita-cita nak jadi pelakon, kena selalu belajar read the room, be smart, be humble, always do your best, dan percaya satu benda yang rezeki tak pernah salah alamat.

“Tak kira apa jenis industri pun, akan sentiasa ada orang baik dan orang jahat. Yang paling penting, kena pandai jaga diri, jaga hati,” ujarnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Wanita & Kanak-Kanak Bukan Objek!” – Mimi Lana Sifatkan Titik Hitam Dilalui Puteri Balqis & Ibu Adalah Jenayah, Mohon PDRM Jalankan Siasatan 

Scroll to Top