“Saya Memang Koyak” – Kamal Adli Tak Selera Makan Sejak Bercerai

“Saya Memang Koyak” – Kamal Adli Tak Selera Makan Sejak Bercerai

Pelakon Kamal Adli berkata dia masih berada dalam fasa pemulihan selepas dua minggu sah bercerai dengan aktres Uqasha Senrose.

Memetik mStar Online, Kamal berkata dia terpaksa berpura-pura tenang ketika di set penggambaran dan situasi dilaluinya bukanlah sesuatu yang mudah.

BACA: “Terima Kasih Uqasha” – Kamal Adli Gembira Dapat Lepas Rindu Jumpa Hawra

“Saya seronok sibuk bekerja dan dalam masa sama sedang ‘recovery’. Perkara ini baharu untuk saya, bukan sesuatu yang pernah saya lalui sebelum ini. Saya tak pernah rasa begini, jadi di set penggambaran saya hanya buat-buat okay,” katanya.

Menurut Kamal lagi, kekecewaan dialaminya itu membuatkan dia hilang selera makan dan berat badannya turun secara mendadak.

“Saya tak boleh tipu diri sendiri, sebenarnya saya memang koyak. Saya terpaksa teruskan penggambaran sebab itu rezeki saya. Sampai tahap saya tak rasa nak makan. Memang saya tengah diet, tapi situasi ini ‘tolong’ sekali,” katanya.

Sementara itu, Kamal berkata dia lebih selesa berseorangan apabila pulang ke rumah namun dalam masa sama dapat menyibukkan diri dengan kerja.

“Walaupun sibuk shooting, bila ada masa sendirian barulah saya sempat fikir dan ‘healing’. Selepas habis penggambaran, saya balik duduk dalam bilik saja.

“Berfikir, solat dan buat apa yang mampu. Nak kata ia membantu sepenuhnya tidak, tapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab kerja pun banyak,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top