Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyifatkan Bella Astillah seorang wanita yang hebat dalam menghadapi ujian serta tidak pernah kenal erti penat.
Menerusi ucapannya di majlis pertunangan pada Sabtu lalu, Sadiq berkata bakal isterinya itu seorang wanita yang baik serta sangat menghormati keluarga.
BACA: “Saya Lelaki Paling Bertuah”
“Dia ialah seorang wanita yang tidak pernah faham perkataan penat, dalam kepenatan dia mencari kebangkitan, dalam kejatuhan dia mencari jalan tersendiri untuk terus bangkit.
“Saya rasa itu yang membuatkan dia seorang yang istimewa. Dia bukan sekadar iron lady tapi dia sangat baik. Baik itu adalah perkataan yang tidak boleh dipisahkan dari Bella.
“Dia baik kepada keluarganya, ibu bapanya, keluarga saya, adik beradik dan baik kepada orang yang dia tidak pernah jumpa pun sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Saddiq berkata Bella turut berbuat baik individu tidak dikenali dan disebabkan itu dia jatuh cinta pada wanita tersebut.
“Saya kenal dia sebelum saya jatuh cinta dengannya. Sebagai seorang kawan, saya lihat sisi berbeza.
“Dia bekerja tak henti semalam 12 jam, kemudian ada orang hantar makanan datang tapi dia layan seperti keluarga dia sendiri. Saya rasa itu sebab mengapa saya jatuh cinta kepadanya,” katanya.
Dalam pada itu, Saddiq berkata dia tidak hanya mencintai Bella tetapi kasih sayangnya juga berputik daripada rasa kasih buat dua cahaya mata wanita itu.
“Kadang-kadang bila saya baca ada orang kata, ‘Bella sudah berkahwin sebelum ini dan ada dua orang anak.’
“Ingin saya jelaskan, saya mencintai Bella juga kerana kedua-dua anaknya iaitu Ayden dan Ara. Alhamdulillah segalanya yang baik datang daripada ibu mereka,” katanya.




