Kemelut hubungan antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada Shukri sekali lagi menjadi perhatian apabila satu perkongsian terbaru mula tular di media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, Hafidz merayu supaya diberi peluang bertemu anak-anaknya selepas melalui pelbagai konflik sebelum ini.
Hafidz akui kesilapan, mohon maaf secara terbuka
Dalam perkongsian yang dimuat naik, Hafidz secara terbuka mengakui kesilapan lalu dan memohon maaf atas segala yang telah berlaku, termasuk hal melibatkan emosi dan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Dia juga menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi bermusuh dan hanya mahu memperbaiki keadaan demi kebaikan bersama.
Lebih menyentuh hati, Hafidz menyatakan bahawa dia kini hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan berharap diberikan peluang.
Minta anak tidak dilibatkan dalam konflik
Menurutnya, dia juga telah memperoleh hak daripada mahkamah dan berharap perkara tersebut dapat dipermudahkan tanpa sebarang halangan.

Dalam masa sama, Hafidz turut merayu agar tidak dihalang untuk berhubung dengan anak-anaknya, termasuk meminta nombor telefon terkini bagi mengetahui perkembangan mereka.
Pssttt! Isu rumah tangga memang sensitif, lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak. Apa pun yang terjadi antara ibu bapa, anak tetap perlukan kasih sayang kedua-duanya. Harapnya ada jalan terbaik untuk semua pihak, terutama demi masa depan anak-anak.
Kredit: Instagram Hafidz Roshdi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



