Oh! Artis
Video Nelydia peluk lengan Hariz tular, pelakon muda mohon maaf dan beri penjelasan jujur.
Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja, Hariz Hamdan akhirnya buka mulut berhubung klip video tular yang memaparkan Nelydia Senrose memeluk lengannya sewaktu menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi.
Menurut laporan Oh Bulan, Hariz menjelaskan bahawa video itu dimuat naik bukan untuk mencetuskan kontroversi, tetapi hanya sekadar promosi drama baharu mereka, Seindah Hujan Cinta.
Saya hanya mahu promosi drama. Tak sangka ramai kritik video tu.
“Saya mohon maaf” – Hariz Hamdan

Menerusi kenyataannya, Hariz bertanggungjawab sepenuhnya atas kekecohan yang tercetus dan tidak menyalahkan mana-mana pihak, termasuk netizen.
Saya minta maaf jika video itu menimbulkan isu. Tak ada niat pun. Itu sekadar kenangan dengan kawan-kawan dan sebahagian daripada promosi.
Salah tetap salah. Saya akan pastikan perkara macam ni tak berulang. Tolong jangan kecam Nelydia, reaksi dia tu spontan sebab panik.
Situasi berlaku semasa penggambaran
Tambah Hariz, insiden tersebut berlaku semasa penggambaran di puncak Langkawi, dan Nelydia dikatakan gugup ketika berada dalam kereta kabel.
Mungkin masa tu dia panik. Bila panik, kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita. Dia peluk lengan saya sebab terkejut. Saya tak salahkan dia langsung.
Hariz turut menegaskan hubungan mereka hanyalah sebagai rakan kerja dan dia menganggap Nelydia seperti seorang kakak.
Saya baru 23 tahun, dia pula 31 tahun. Jadi saya hanya cuba tenangkan dia waktu tu.
Pssttt! Dalam dunia hiburan, segala tindakan mudah jadi perhatian. Sentiasa berhati-hati bila berkongsi di media sosial kerana niat baik pun boleh disalah tafsir.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.