“Saya Mohon Maaf” – Selepas Bertahun Bertelagah, Izreen Azminda Dan Intan Salleh Akhirnya Berdamai

“Saya Mohon Maaf” – Selepas Bertahun Bertelagah, Izreen Azminda Dan Intan Salleh Akhirnya Berdamai

Oh! Artis

Izreen Azminda mohon maaf, harap hubungan pulih demi anak-anak.


Selepas sekian lama bertelagah, hubungan antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Salleh akhirnya menunjukkan sinar positif yang tak disangka.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Izreen meluahkan rasa syukur apabila segala pertikaian antara mereka berjaya diselesaikan dengan cara yang baik.

Izreen mohon maaf, harap hubungan lebih terpelihara demi anak

Dalam perkongsian tersebut, Izreen turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesilapan lalu.

Syukur Alhamdulillah ya Allah. Akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Terima kasih Intan. Harapan saya agar selepas ini hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama terutamanya untuk anak-anak. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak.

Tambah Izreen lagi, segala perkongsian selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

Izreen turut mendoakan agar hubungan yang kembali terjalin ini sentiasa berada dalam lindungan Allah dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Dalam masa sama, Izreen juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada peguamnya yang sentiasa bersama dan memberi nasihat sepanjang proses tersebut.

Pssttt! Kadang-kadang, jalan terbaik dalam sesuatu konflik adalah dengan berdamai dan meletakkan kepentingan bersama, lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak. Semoga hubungan yang kembali pulih ini kekal harmoni dan menjadi contoh baik kepada semua.

Kredit: Instagram/Izreen Azminda
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top