“Saya Nak Anak Je” – View Chin Dakwa 3 Minggu Tak Jumpa Anak, Bekas Isteri Tak Bagi Raya Bersama

“Saya Nak Anak Je” – View Chin Dakwa 3 Minggu Tak Jumpa Anak, Bekas Isteri Tak Bagi Raya Bersama

Trending

View Chin berkata, dia merancang untuk bawa anak pulang beraya di kampung tetapi gagal.


Isu melibatkan keluarga sekali lagi jadi perhatian ramai apabila pempengaruh popular, View Chin tampil meluahkan rasa kecewa di TikTok.

Luahan penuh emosi itu mendedahkan konflik berpanjangan dengan bekas isterinya, terutamanya melibatkan hak untuk berjumpa anak-anak mereka.

Dakwa 3 minggu tak jumpa anak, akses rumah disekat

Dalam video tersebut, View Chin mendakwa sudah tiga minggu tidak berjumpa anak walaupun telah memaklumkan lebih awal untuk mengambil mereka.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih tegang apabila akses masuk ke rumah juga telah disekat.

Saya pergi nak ambil anak, tiga minggu tak jumpa anak saya. Dari bulan lepas saya dah cakap dengan dia, hari ni saya nak datang ambil anak. Pastu dia asyik cakap dengan saya, tak boleh ambil anak pergi raya la apa benda. Pastu kita dah gaduh, hari ni saya nak ambil anak. Selalu saya ambil anak saya punya kunci kad boleh masuk, hari ni kunci kad saya sudah lock. Saya tak boleh masuk rumah dia.

View Chin juga mendakwa hanya anak bongsu berada di rumah ketika itu, manakala dua lagi anak telah dibawa keluar tanpa pengetahuannya.

Dakwa bekas isteri bawa anak ‘camping’, konflik lama berulang

Tambah View Chin, dia sebenarnya merancang untuk meluangkan masa bersama anak-anak sempena sambutan hari lahir dan juga Hari Raya.

Namun, dia mendakwa bekas isterinya membawa anak keluar dengan alasan ‘camping’, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sebenar saya plan nak bawa anak pergi celebrate birthday sebab yang bongsu 8hb, saya 6hb. Sebab saya busy kerja saya kata saya nak extend hari lain untuk celebrate birthday saya dengan anak saya.

Dalam masa sama, View Chin turut mengimbas kejadian lama sekitar empat tahun lalu yang didakwa mempunyai situasi serupa, menyebabkan dia tidak mahu lagi berdiam diri.

Pssttt! Bila melibatkan anak-anak, isu seperti ini memang sangat sensitif dan boleh beri kesan besar kepada emosi mereka. Apa pun konflik antara ibu bapa, anak-anak tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan. Harapnya kedua-dua pihak dapat berbincang secara baik dan mencari jalan penyelesaian demi kebahagiaan anak-anak.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top