“Saya Nak Berlakon Filem Gangster Saja, Tak Nak Filem Komedi”

“Saya Nak Berlakon Filem Gangster Saja, Tak Nak Filem Komedi”

Anak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida iaitu Ammar Ahyan berkata dia terbuka jika ditawarkan untuk berlakon.

Memetik HibGlam, Ammar bagaimanapun berkata dia memilih untuk berlakon filem bergenre gangster sahaja kerana dilihat lebih macho.

BACA: Ammar Ahyan Jadi Wakil Ibu Bapa Bayar Zakat RM900,000

“Jangan suruh saya menyanyi. Saya memang tak suka menyanyi. Kalau anda lihat saya menyanyi itu maknanya bapa saya suruh.

“Kalau diberi pilihan saya lebih suka berlakon. Tetapi saya nak berlakon filem gengster sahaja, jangan suruh berlakon filem komedi. Saya nak nampak macho sebab itu nak berlakon filem gengster. Sebab baru-baru ini saya tonton filem Blood Brothers dan suka dengan watak Ghaz,” katanya.

Sementara itu, Ammar berkata dia mempunyai keinginan untuk menyimpan jambang seperti pelakon Sharnaaz Ahmad namun ibunya, Datin Shahida tidak menyukainya.

“Saya harap saya boleh simpan jambang, tetapi mak saya tak suka sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Ammar berkata meskipun dilihat sering membantu bapanya berniaga secara live, namun dia mengakui tiada bakat seperti bapanya. Namun, Ammar berkata dia mahu menjadi ahli perniagaan serta menjadi seorang pemimpin.

“Kebanyakan masa saya sewaktu menjual kosmetik, saya hanya termenung. Saya tak tahu apa nak cakap. Saya tak tahu banyak maklumat dan saya seorang yang pelupa.

“Saya memang tak pandai bercakap tapi yang peliknya orang suruh jadi pengacara. Saya tak pandai menyanyi orang suruh saya menyanyi. Saya tak pandai masak orang suruh saya jadi cef.

“Saya sebenarnya nak jadi ahli perniagaan dan menjadi pemimpin yang boleh bawa masyarakat ke depan,” katanya.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top