“Saya Nak Buat 10 Resepsi Di Seluruh Dunia” – Leona Mahu Lelaki Tinggi, Kacak

“Saya Nak Buat 10 Resepsi Di Seluruh Dunia” – Leona Mahu Lelaki Tinggi, Kacak

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menjadi perhatian apabila meluahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona berharap dipertemukan dengan lelaki kacak, tinggi, berjaya serta baik hati.

BACA: Netizen Tegur Leona Bangga Tayang Lima Saman Dalam Sebulan

“Oh my god guys, saya nak sangat kahwin. Ya Allah, tolong beri saya jodoh. Ya Allah, saya nak seorang jodoh yang tinggi, handsome, berjaya dalam kerjaya, baik,” katanya.

Sementara itu, Leona berkata dia mahu mengadakan 10 majlis resepsi di seluruh dunia apabila berkahwin kelak.

“Ya Allah, saya nak sangat buat 10 wedding. Oh, 10 tu dengan orang yang sama, okey? Bukan 10 wedding dengan 10 lelaki. Saya nak 10 resepsi di seluruh dunia,” katanya.


Scroll to Top