Hari ini merupakan sebutan kedua bagi prosiding penceraian yang difailkan pelakon Uqasha Senrose terhadap suaminya, Kamal Adli.
BACA: “Orang Judge Sebelah Pihak Je” – Uqasha Rupa-Rupanya Dah Setahun Bersabar Demi Anak
Memetik laporan xtra, Kamal Adli dilihat tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar jam 9.45 pagi ditemani peguam dan beberapa rakan terdekat.
“Saya datang untuk selamatkan, tanggungjawab saya kena datang”
Ketika ditemui pihak media, Kamal menjelaskan kehadirannya hari ini adalah atas tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.
Of course saya datang untuk selamatkan, memang tanggungjawab saya kena datang hari ini. Macam haritu tak dapat datang sebab ada masalah sikit, ada kerja. Jadi hari ini saya datang untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, seorang ayah. InsyaAllah doakan yang baik-baik je. Okay?.
Sebelum ini, prosiding pertama penceraian terpaksa ditangguhkan disebabkan Kamal Adli tidak hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Dalam nada sebak, Kamal turut mengakui dia kini sukar untuk berhubung dengan isterinya selepas nombor telefonnya disekat sejak hujung September lalu. Disebabkan itu, segala urusan hanya dibuat melalui peguam.
Dia juga tidak menafikan perasaan sedih apabila terpaksa hadir ke mahkamah demi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang tak pernah dijangka.
Terus terang, saya gementar sebab tak pernah sampai ke tempat macam ini (mahkamah rendah syariah). Benda ini tak seronok dan saya tak gembira pun sampai ke sini.
Katanya, situasi ini bukan sesuatu yang menggembirakan malah memberi kesan emosi yang mendalam.
Pssttt! emoga kedua-duanya dapat membuat keputusan terbaik untuk diri dan anak mereka, dan jika masih ada ruang untuk berdamai, moga ianya berakhir dengan baik.
Kredit: xtra | mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




